Thursday, June 20, 2013

BERITA MINGGU INI

SMK LEPAR HILIR, 17 JUN - 21 JUN : Berikut adalah beberapa maklumat tentang perjalanan SMK Lepar Hilir sepanajng minggu (terutama berkaitan bidang Hal Ehwal Murid); bermula dengan penglibatan 7 pelajar ke Kem Intan Shield yang bertempat di Kompleks Belia Maran dari 19 hingga 21 Jun 2013. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah Ahmad Syafik Adzmi, Muhammad Syafik Zainuddin, Mohd Anas Farhan Mahzan, Mohd Shahril Hj Anorbit (keempat-empat dari kelas 5R), Mohd Hafifi Firdaus (5L), Mohd Adib Shamsuddin (5P) dan Mohd Fahmi (4R). Syabas  diucapkan kepada mereka, semoga kem ini akan memberi manafaat yang besar kepada mereka nanti.

Dalam mempertingkatkan profesionalisme, semua GPK HEM sekolah menengah daerah Kuantan telah menghadiri Seminar Kesihatan Pergigian yang berlangsung di PPD Kuantan selama sehari pada 18 Jun yang lalu. Maklumat penting yang boleh dikongsi bersama ialah kita wajib mengamalkan 3 perkara asas dalam penjagaan gigi iaitu memberus gigi sekuarng-kurangnya 2 kali sehari, kurangkan makan dan minum yang manis-manis dan pergi membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. Kertas kerja yang dibentang oleh semua doktor pakar pergigian memang memberikan maklumat beguna sebagai panduan penjagaan kesihatan.

Selain itu, antara pristiwa penting yang berlaku di SMK Lepar Hilir pada minggu ini iaitu pada 20 Jun ialah Motivasi Keibubapaan yang disasarkan kepada para ibu bapa dan anak-anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Motivasi ini berlangsung di Dewan Bestari SMK Lepar Hilir bermula jam 7.45 pagi sehingga jam 10.30 pagi yang disampaikan oleh pakar motivasi tersohor Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Engku'. sekalung penghargaan buat ibu bapa yang sanggup meluangkan masa terhadap aktiviti ini.

Pada 21 Jun pula unit Bina Insan telah mengadakan Ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shufian dari KIPSAS. Di samping itu, unit Bimbingan dan Kaunseling turut menerangkan kepada semua pelajar tentang kesan zina sebaik sahaja tamat ceramah Israk' Mikraj , yang dikendalikan oleh Pn Asma'.