Tuesday, April 9, 2013

BANGAU OH BANGAU

Salam, sila perhatikan betul-betul video di atas dan jangan kita suka menyalahkan orang lain atas segala kesilapan kita. Kita juga jangan sentiasa memberi alasan. Pepatah ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

KURSUS ICT UNTUK PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

Pada 9 hingga 11 April 2013, Institut Aminuddin Baki telah menganjurkan kursus ICT untuk semua guru besar dan pengetua sekolah-sekolah daerah Kuantan. Kursus ini dihadiri seramai 30 orang guru besar dan pengetua .

Menurut penceramah, En Kamran Mohamad, kursus berkenaan sangat sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiran pemimpin pendidikan bagi menghadapi era globalisasi.

Gambar : Salah seorang peserta kursus (Tn Hj Mahadir) sedang membentangkan hasil kerja berkumpulan.