Tuesday, October 1, 2013

SELAMAT MENEMPUH PMR 2013


SELAMAT MENGHADAPI PMR!

Assalamualaikum;

Khas buat anak-anak muridku di tingkatan 3 SMK Lepar Hilir 2013, saya ingin mengucapkan selamat menduduki PMR. kami seluruh warga SMK Lepar Hilir sentiasa mendoakan agar semua calon dapat menghadapi PMR dengan tenang dan diberi kejayaan yang manis nanti, insyaAllah.

Monday, July 1, 2013

CIRI-CIRI GURU BAGUS-MANTAN PENGARAH PELAJARAN PAHANG

1. Kenali masalah murid -buku Raising Boy
2. Kenali pengetua -Kena tolong pengetua
3. Belajar dr yg cemerlang -Rujuk internet contohnya
4. Wujudkan link dgn komuniti
5. Mesti pandai bcriter
6. Bynkan pujian kpd cikgu2 kita _cth upload gambar +ve murid2 dlm fb The cone of learning

- sila rujul Penutup seminar transformasi pendidikan GPk negeri phg

Thursday, June 20, 2013

BERITA MINGGU INI

SMK LEPAR HILIR, 17 JUN - 21 JUN : Berikut adalah beberapa maklumat tentang perjalanan SMK Lepar Hilir sepanajng minggu (terutama berkaitan bidang Hal Ehwal Murid); bermula dengan penglibatan 7 pelajar ke Kem Intan Shield yang bertempat di Kompleks Belia Maran dari 19 hingga 21 Jun 2013. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah Ahmad Syafik Adzmi, Muhammad Syafik Zainuddin, Mohd Anas Farhan Mahzan, Mohd Shahril Hj Anorbit (keempat-empat dari kelas 5R), Mohd Hafifi Firdaus (5L), Mohd Adib Shamsuddin (5P) dan Mohd Fahmi (4R). Syabas  diucapkan kepada mereka, semoga kem ini akan memberi manafaat yang besar kepada mereka nanti.

Dalam mempertingkatkan profesionalisme, semua GPK HEM sekolah menengah daerah Kuantan telah menghadiri Seminar Kesihatan Pergigian yang berlangsung di PPD Kuantan selama sehari pada 18 Jun yang lalu. Maklumat penting yang boleh dikongsi bersama ialah kita wajib mengamalkan 3 perkara asas dalam penjagaan gigi iaitu memberus gigi sekuarng-kurangnya 2 kali sehari, kurangkan makan dan minum yang manis-manis dan pergi membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun. Kertas kerja yang dibentang oleh semua doktor pakar pergigian memang memberikan maklumat beguna sebagai panduan penjagaan kesihatan.

Selain itu, antara pristiwa penting yang berlaku di SMK Lepar Hilir pada minggu ini iaitu pada 20 Jun ialah Motivasi Keibubapaan yang disasarkan kepada para ibu bapa dan anak-anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Motivasi ini berlangsung di Dewan Bestari SMK Lepar Hilir bermula jam 7.45 pagi sehingga jam 10.30 pagi yang disampaikan oleh pakar motivasi tersohor Raja Ismail Raja Shahdan atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Engku'. sekalung penghargaan buat ibu bapa yang sanggup meluangkan masa terhadap aktiviti ini.

Pada 21 Jun pula unit Bina Insan telah mengadakan Ceramah Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shufian dari KIPSAS. Di samping itu, unit Bimbingan dan Kaunseling turut menerangkan kepada semua pelajar tentang kesan zina sebaik sahaja tamat ceramah Israk' Mikraj , yang dikendalikan oleh Pn Asma'.


Tuesday, April 9, 2013

BANGAU OH BANGAU

Salam, sila perhatikan betul-betul video di atas dan jangan kita suka menyalahkan orang lain atas segala kesilapan kita. Kita juga jangan sentiasa memberi alasan. Pepatah ada mengatakan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

KURSUS ICT UNTUK PEMIMPIN INSTRUKSIONAL

Pada 9 hingga 11 April 2013, Institut Aminuddin Baki telah menganjurkan kursus ICT untuk semua guru besar dan pengetua sekolah-sekolah daerah Kuantan. Kursus ini dihadiri seramai 30 orang guru besar dan pengetua .

Menurut penceramah, En Kamran Mohamad, kursus berkenaan sangat sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiran pemimpin pendidikan bagi menghadapi era globalisasi.

Gambar : Salah seorang peserta kursus (Tn Hj Mahadir) sedang membentangkan hasil kerja berkumpulan.